KUCHING, 10 Okt - Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd. Sanusi hadir ke Majlis Kesyukuran bersempena dengan Sambutan Perayaan Hari Lahir ke-78, di Masjid Jamek di sini, petang tadi.
Majlis bermula pada jam 6.31 petang dengan solat fardu maghrib dan bacaan Yasin yang dipimpin Imam Besar Negeri Sarawak, Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.
Sejurus selepas itu, majlis diteruskan dengan alunan zikir oleh Gabungan Kumpulan Zikir Bahagian Kuching, di bawah pimpinan Morshidi Udin.
Tuan Yang Terutama (TYT) bersama diriingi oleh Premier Sarawak kemudian menunaikan solat fardu isyak bersama-sama dengan jemaah yang hadir pada malam tersebut.
Hadir sama ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta dif-dif kenamaan lain.